Monthly Archives: December 2019

GAJET BARU – FORTABLE SPEAKER

Portable Speaker – Lampu yang lip lap tu yang tak tahan

Nak buat apa pula mokcik dengan speaker ni.
Yez… Mokcik nak berseronok mengajor sementara berpeluang jadi cikgu sekolah la…

Hari ni mokcik buka GM Klang nak beli speaker yang boleh guna mic. Pukul 9.45 pagi dah tercongok depan pintu menunggu kedai buka 10.00 pg. Nampak tak semangatnya mokcik.



Mokcik diberi tahu sebelum ni mokcik kena ajar pj. Huiii.. sepanjang bergelar guru mokcik paling mengelak kena ajar PJ. Tapi kali ini mokcik tiada pilihan…. bilangan waktu mengahar subjek geografi tak cukup.

Tak pa. ambik cabaran baru. Jom gurgle 2020… kita bersenam ala2 zumba….

Koleksi video senaman – siap didownload


mokcik dah kumpulkan video2 senaman ni…. lagu2 best. Banyak dari kumpulan teacherrobik. Lagu Panama, Blackpink, Donde, Temberang, Syantik, Hutang, Pura-pura Bujang, Zapin Melayu, Ragaman, Luar Biasa, Jatuh Bangun dan banyak lagi. …. juga kaka enda dari kumpulan Indonesia macam ado. Mokcik dah kumpulkan tu.. korang jangan segan2 lah nak berzumba di rumah. Ha ha.

Kita cuba ya gurgle . Nanti kalau mokcik tak larat…. mokcik jadi ‘cikgu pj pegang payung duduk tepi padang je lah….. ‘. Kerusi lipat pun mokcik dah sediakan ni… he3

Wah baju sukan muslimah pun mokcik dah siap beli online …

Baju sukan beli online

Yang tak tahan tu…. ada baju pink ropol2 bawahnya tu.. sejak bila pulak mokcik minat pakai pink tu. Abaikan saiz 2xl tu ya… nanti lepas 9 bulan ajo PJ .. keciklah baju tu… ya iyalah

Hah… macam mana kalau tak jadi ajar pj…. eh semangat mokcik bukan setakat kena ajar PJ .. tapi semangat nak kurangkan semangat badan mokcik juga ni la… Mokcik nak gak nak pencen dengan sehat dan bergaya …

#MogaSentiasaDalamRedhoAllah

MOKCIK DIGITAL

Mokcik Digital

MOKCIK tu orang lama. DIGITAL tu teknologi data . Senang cakap IT lah.
Walau mokcik bukan orang IT, tapi mokcik suka gunakannya kerana ia memudahkan kerja dan hasil kerja kemas dan teratur. Uptodate ko Jah…

Menghadiri 3 kursus digital – Esistem, Profesional Powerpoint dan Digital worksheet (liveworksheet) – turut menghadirkan semangat digital dalam diri mokcik ni. Lantas timbul hasrat untuk mengembangkan dan menyebarkan ilmu. Jika ada rezeki dapat juga menjana pendapatan. Maklumlah mokcik ada tempoh 9 bulan sahaja lagi untuk berkhidmat. Lepas tu mokcik dipanggil YB (yang Berpencen). Jadi mokcik perlukan sesuatu untuk memastikan minda mokcik terus bekerja disamping ada ruang untuk berkarya.

Uiii … korang, mokcik dah ada domain sendiri… haha ha. Kelas gitu jah… Korang taip je mokcikdigital.com korang dah boleh jumpa mokcik. Nak dapat hak guna nama tu kena keluar modal lah sikit.

Tunggu mokcik beraksi di pentas digital ya. Chewahh

Rakan baru. Berjemaah hadir kursus

MEMBINA BLOG WORDPRESS

Hari ni misi menulis di blog. Blog, satu cara mokcik boleh berkarya dan berkongsi ilmu.
Harap mokcik terus maju na…..

La…. belum mula cabaran pertama dah datang da. Tengoklah lah tu… selamba jer si cing ni tido atas keyboard….

Tepilah sikit cing. Mokcik nak buat blog ni

Sebelum ni mokcik guna blogspot . Tapi kali ini nak lebih uptodate lagi. Mokcik nak menggunakan wordpress pula. Susah juga nak bina wordpress ni. Ada hajat nak cari kursus buat wordpress ni tapi tak jumpa tarikh yang terdekat. Harga pun boleh tahan juga. Ratusan gitu.

Mokcik belajar dengan pokcik google dulu lah. Maklumlah semangat tengah berkobar-kobarkan. Alhamdulillah terjumpa link tutorial membina website oleh sifu Fahdi ghazali . Sangat membantu. Terima kasih

Apakah kelebihan wordpress ni berbanding blogspot? Uiiiss… banyak. WordPress.com dan WordPress.org pun ada beza tau. Mokcik pun baru tau sebenarnya… Yang penting mokcik dah ada domain sendiri. Mokcikdigital.com……

Mokcik tak tau banyak pun tentang hosting dan domain ni. Mokcik ikut langkah dalam nota pokcik google je. So mokcik langgan lah di kedai yang ditag https://billing.netkl.com/. Mokcik try and error jer. Mokcik ambil yang murah-murah je, sebab baru nak bertatih kan… Mana tahu ia permulaan mokcik busines online juta2 nanti. (aamin), tak payahlah mokcik tukar tapak.

Setakat ni…. ni la ghupa laman web mokcik. Suci lagi. Belum sempat dimakeupkan…. (Sebenarnya tak cukup ilmu lagi).