MOKCIK DIGITAL

Mokcik Digital

MOKCIK tu orang lama. DIGITAL tu teknologi data . Senang cakap IT lah.
Walau mokcik bukan orang IT, tapi mokcik suka gunakannya kerana ia memudahkan kerja dan hasil kerja kemas dan teratur. Uptodate ko Jah…

Menghadiri 3 kursus digital – Esistem, Profesional Powerpoint dan Digital worksheet (liveworksheet) – turut menghadirkan semangat digital dalam diri mokcik ni. Lantas timbul hasrat untuk mengembangkan dan menyebarkan ilmu. Jika ada rezeki dapat juga menjana pendapatan. Maklumlah mokcik ada tempoh 9 bulan sahaja lagi untuk berkhidmat. Lepas tu mokcik dipanggil YB (yang Berpencen). Jadi mokcik perlukan sesuatu untuk memastikan minda mokcik terus bekerja disamping ada ruang untuk berkarya.

Uiii … korang, mokcik dah ada domain sendiri… haha ha. Kelas gitu jah… Korang taip je mokcikdigital.com korang dah boleh jumpa mokcik. Nak dapat hak guna nama tu kena keluar modal lah sikit.

Tunggu mokcik beraksi di pentas digital ya. Chewahh

Rakan baru. Berjemaah hadir kursus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *