Tag Archives: ESKOLAH

MEMBINA BLOG WORDPRESS

Hari ni misi menulis di blog. Blog, satu cara mokcik boleh berkarya dan berkongsi ilmu.
Harap mokcik terus maju na…..

La…. belum mula cabaran pertama dah datang da. Tengoklah lah tu… selamba jer si cing ni tido atas keyboard….

Tepilah sikit cing. Mokcik nak buat blog ni

Sebelum ni mokcik guna blogspot . Tapi kali ini nak lebih uptodate lagi. Mokcik nak menggunakan wordpress pula. Susah juga nak bina wordpress ni. Ada hajat nak cari kursus buat wordpress ni tapi tak jumpa tarikh yang terdekat. Harga pun boleh tahan juga. Ratusan gitu.

Mokcik belajar dengan pokcik google dulu lah. Maklumlah semangat tengah berkobar-kobarkan. Alhamdulillah terjumpa link tutorial membina website oleh sifu Fahdi ghazali . Sangat membantu. Terima kasih

Apakah kelebihan wordpress ni berbanding blogspot? Uiiiss… banyak. WordPress.com dan WordPress.org pun ada beza tau. Mokcik pun baru tau sebenarnya… Yang penting mokcik dah ada domain sendiri. Mokcikdigital.com……

Mokcik tak tau banyak pun tentang hosting dan domain ni. Mokcik ikut langkah dalam nota pokcik google je. So mokcik langgan lah di kedai yang ditag https://billing.netkl.com/. Mokcik try and error jer. Mokcik ambil yang murah-murah je, sebab baru nak bertatih kan… Mana tahu ia permulaan mokcik busines online juta2 nanti. (aamin), tak payahlah mokcik tukar tapak.

Setakat ni…. ni la ghupa laman web mokcik. Suci lagi. Belum sempat dimakeupkan…. (Sebenarnya tak cukup ilmu lagi).